Wednesday 24 July 2013

RESEPI BISNES:Umpama melanggar dinding


Nama saya Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan daripada Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.  Saya merupakan Pengarah Urusan Bintu Abi Enterprise. Kepakaran saya adalah membekalkan tudung labuh kepada para muslimah di luar sana secara online tanpa perlu bersusah payah ke kedai. Bermulanya perjalanan Bintu Abi Enterprise sejak Disember 2010. Tercetusnya idea untuk menjalankan perniagaan bersama seorang lagi rakan kongsi saya ini adalah semasa saya masih bergelar seorang siswazah lagi. 
Sebagai seorang siswazah, masalah kewangan tidak dapat dielak. Biarpun dengan bantuan pinjaman pengajian, masih tidak cukup. Oleh sebab itulah saya dan rakan kongsi memulakan perniagaan tudung labuh Bintu Abi ini. Pada awal-awal hasil jualan kami sangat menyedihkan. Boleh dikatakan dalam sehari, nak dapat RM50 pun susah. Selama 2 tahun perniagaan tudung labuh ini, perniagaan kami biasa-biasa sahaja. Sekadar cukup makan. Sehinggalah pada Julai 2012, saya ternampak iklan mengenai seminar Dr. Azizan Osman anjuran Richworks. Berbekalkan semangat ingin tahu dan ingin berubah, saya dan rakan kongsi terus mendaftar untuk seminar tersebut. 
Setelah menghadiri program Dr. Azizan, kami bagai terbangun dari tidur. Tidak menyedari yang selama ini kami umpama melanggar dinding. Kami baru sedar bahawa persepsi kami tentang perniagaan sebelum ini ternyata salah dan perlu diubah. Perniagaan bukan sekadar berlandaskan modal dan pelanggan semata-mata. Sebaliknya kita perlu mempunyai mentor yang terbukti berjaya, ilmu tentang perniagaan dan pemasaran, sistem yang betul, tindakan yang strategik dan impian untuk masa hadapan. 
Sejurus selepas pulang daripada program tersebut, hanya satu strategi yang kami gunakan daripada beratus teknik dan strategi Dr. Azizan kongsikan namun hasilnya sangat-sangat menakjubkan. Bayangkan, jualan tudung labuh kami mencecah sehingga RM5,000 sehari. Satu angka yang kami sendiri tidak pernah jangkakan. Dr. Azizan ada menerapkan tentang pentingnya impian atau hala tuju kita. Dengan izin Allah, pada tahun 2013 ini kami mensasarkan jualan RM10,000 sehari. Tidak mustahil angka ini dapat dicecah sekiranya kami betul-betul praktikkan apa yang telah diajar oleh Dr. Azizan. 
Yang paling saya ingat adalah apabila Dr. Azizan pernah menyebut jangan terlalu memikirkan tentang masalah. Oleh itu, kita perlu betulkan persepsi kita tentang masalah. Semakin kita fikir, makin tidak menentu kehidupan kita. Terlalu takut akan persepsi orang lain terhadap kita juga boleh menarik aura negatif terhadap kita.‘Just do what you do best’. Masalah diketepikan. Kemudian kita akan nampak hasilnya. 
Pada pandangan saya, program Dr. Azizan bukan hanya perlu dihadiri oleh pemilik-pemilik perniagaan atau yang ingin menaik taraf perniagaan mereka sahaja, bahkan semua orang patut menghadiri program Dr. Azizan. Ini kerana Dr. Azizan bukan hanya mengajar kita bagaimana untuk ‘market’kan perniagaan kita, malahan bagaimana untuk kita sebagai seorang manusia untuk ‘market’kan diri kita sebagai modal insan yang baik untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat sana. Hidup memerlukan sesuatu yang lain dari kebiasaan, yang lebih LUAR BIASA, barulah hidup akan berjaya.

No comments:

Post a Comment