Tuesday, 23 July 2013

cara2 buat anak solat tanpa disuruh

Assalamualaikum...hope anda2 semua sihat, kaya dan berjaya dunia dan akhirat insyaallah...sy pasti anda2 diluar sana memg cukup hebat...tp2 sudah cukup hebat ke kte if solat xjaga??? Sedangkan solat tu tiang agama....kadang2...ibu bapa, pasti risau berkenaan dgn perkara ini dalam mendidik anak2 untuk melakukan solat tanpa dipaksa2....alhamdulillah...sy terjumpa blog kak mia then sy kongsikan cerita dibawah ni utk anda ya.....


Bermulalah kisah.......

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....Maasyaa ALLAH, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada ALLAH. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.. Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan doanya adalah ...

klik pada gambar untuk besarkan
"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

InsyaAllah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....aamiinn...


Read more: http://www.mialiana.com/2013/07/cara-buat-anak-solat-tanpa-perlu-disuruh.html#ixzz2ZRFhFjnA   (Thanks kak mia for the knowledge...smoga kaya dan berjaya duniandan akhirat...insyaallah)