Wednesday 13 March 2013

PREMIUM BEAUTIFUL:CARA-CARA PAKAI CORSET


Cara pakai Long Brassiere

  1. 1. Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua bahagian payudara masuk cantik ke dalam cup bra)
  2. 2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
  3. 3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
  4. 4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
  5. 5. Betulkan kedudukan bra


Cara pakai Waist Nipper

  1. 1. Letakkan tanda rama-rama diamond terletak di tengah dada
  2. 2. Lekatkan kesemua cangkuk(patut berada di tulang rusuk kiri badan)
  3. 3. Betulkan kedudukannya
  4. 4. Tarik tali pelaras
  5. 5. Tahan nafas dan cangkukkan ke depan
  6. 6. Pastikan ianya selesa


Cara pakai Long Girdle

1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam ke luar
2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa hingga ke pinggul. Kemudian buka semula lipatan untuk menutup perut
3. Masukkan sebelah tangan hingga ke bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas. Sebelah lagi tangan boleh mengurut lemak dari luar.
4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa dan pastikan tanda rama-rama berada di bahagian tengah

PREMIUM BEAUTIFUL: CHECK LIST KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM....
WAAAHHHHHHHH...TAJUK BUKAN MAIN LG KAN....MCM LA CIK FARIHA NI DA NAK KAWIN...ADEEEIIII

NI CHECK LIST UTK KWN2 YG DISAYANGI DILUAR SANA YG DA ADE NIAT NAK LANGSUNGKAN PERKAHWINAN YE...BUKAN SY... ( FARIHA LMBAT LAGI KOT.....XDE CALON LAGI...HUUUU)

OK2......BIASANYA ORG BG APA EH AS HANTARAN???



1.CINCIN ATAU GELANG ATAU RANTAI MYBE



sweet nye la kannnn....

 (tq mudah.com utk gambar ni!!!)

cantiknye gelang ni!!cantik sgt.......



2.TELEKUNG SEJADAH



cantik pulak bila tgk dy wat mcm ni...simple and nice je kan....


3.KASUT/HAND BAG







yg ni mcm biasa la kan....



4.DUIT HANTARAN/MAS KAHWIN





5.LAIN-LAIN..

SEE...NMPAK SGT BUKAN FARIHA YG BERIA2 NAK KAWIH KAN...WEEEHUUUUUU.....NI SEBAHAGIAN BARANG2 YG FARIHA TAHU JE...YG LAIN2 TU IKUT KESESUAIAN DAN KEMAMPUAN PIHAK PENGANTIN.....TP2 FARIHA ADE NAK TAMBAH LG LA.......WHY NOT ABANG2 YG DILUAR SANA HADIAH KAN PREMIUM BEAUTIFUL CORSET AS HANTARAN PADA BAKAL ISTERI TERCINTA.....SWEET KAN......X PERCAYA????XPENAH TGK KAN ORANG WAT HANTARAN CORSET???XSALAH KAN KALI NI WAT HANTARAN....





..SEE,ADE BEKAS YG CANTIK,HIAS SIKIT2...PASTU.......

TADAAAA.....


CANTIK KAN.......SEE....SAPE KATA PREMIUM BEAUTIFUL CORSET X BOLE BUAT HANTARAN....BOLE AJA DONG....SIAP ADA LIFE TIME WARRANTY LG UTK SERVIS2 IF ADE ROSAK KE PAPE KE... (KORSET2 KAT LUAR SANA ADA LIFE TIME WARRANTY???XDE KAN...)
SO UTK PENGANTIN2 YG MASIH BERPIKIR2 BARANG HANTARAN,XSALAH KAN SELITKAN SATU DULANG UTK PB......BIAR SI ISTERI CANTIK DIMATA SUAMI SEPANJANG HAYAT....INSYAALLAH..

SO SAPA2 BAKAL2 PENGANTIN YG INGIN CARIK SEDIKIT KELAINAN PADA DULANG HANTARAN ANDA,MOH LER PILIH PREMIUM BEAUTIFUL CORSET AS HANTARAN....ADA HARGA ISTIMEWA TAU UTK BAKAL2 PENGANTIN....AND SY SIAP NAK BG HADIAH LG...

\\

HAAAA....OK X BANGLES YG ALA2 MCM BANGLES KAT ATAS NI?????OK SGT KAN KAN KAN.....

DAN ADA HADIAH2 SAMPINGAN JUGA TAU...SEPERTI


PB WASH


JOM2 PM FARIHA SKRG UTK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA SEMPENA HARI BAHAGIA ANDA!!!


"BE HEALTHY AND LOVELY"
FARIHA
017-654 7262
farihaabdullah@gmail.com

Friday 8 March 2013

EVENT: SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!!!






TIP BISNES: APAKAH ITU SOLAT DHUHA?


ASSALAMIALAUKUM

KADANG2 KITA SELALU PIKIR,KITA BUAT BISNES,TP SELALU X MENJADI...BETUL X???PASTU MERUNGUT CAKAP ALLAH X SAYANG KITA..ADAKAH KITA DA CHECK DIRI KITA SUDAH CUKUP KE PERMINTAAN KTE DENGAN ALLAH???BERSUNGGUH2KAH KITA DALAM BERIBADAH??

PENAH X KITA BUAT SOLAT DHUHA???ATAU DIGELAR SEBAGAI SOLAT PEMBAWA REZEKI??
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).